AllatRa Pattern Tape
Logo Creative Society MASYARAKAT
KREATIF

ALLATRA Pergerakan Awam Antarabangsa

merupakan format interaksi di luar politik dan agama. Gerakan global ini, yang sudah disertai oleh berjuta-juta manusia  lebih dari  140 negara, terbuka untuk semua  yang mempunyai niat yang baik tanpa mengira tempat tinggal, kewarganegaraan, status sosial, agama atau fahaman politik. Kegiatan sukarelawan ini adalah gerakan menyeluruh masyarakat, bertujuan untuk menghidupkan kembali nilai-nilai spiritual dan moral dalam masyarakat dunia dan mewujudkan dialog yang damai mengenai aspek kehidupan dalam masyarakat seperti budaya, sosial,kerohanian dan keadaan moral.

Aktiviti yang utama dijalankan melalui inisiatif para sukarelawan adalah keinginan mereka untuk mengubah diri dan menjadikan dunia yang lebih baik. Ini adalah gerakan sukarelawan global yang unik dan damai di mana, pada masa lapang mereka melaksanakan cara baru untuk berkomunikasi dan berinteraksi dimana berjaya menyatukan masyarakat  dari seluruh dunia berdasarkan prinsip kejujuran, kebaikan dan keadilan. Ini adalah kekuatan yang benar-benar menyatukan masyarakat manusia  di seluruh planet ini.

GANDUM UNIVERSAL
PROJEK ASAS PENYELIDIKAN SOSIAL
ALLATRA PERGERAKAN AWAM ANTARABANGSA

“GANDUM UNIVERSAL” adalah projek yang bertujuan untuk menyatukan manusia berdasarkan nilai-nilai kerohanian, dan pengetahuan umum yang terdapat dalam semua agama dan budaya. Dengan mempelajari teks-teks suci dari semua agama dan budaya yang ada, kita menunjukkan bahwa semua ajaran di dunia ini berdasarkan  dari setiap butir kebenaran yang sama. Kesedaran ini memberi pemahaman bahawa kita semua bersatu, dimana budaya dan agama kita mengatakan dan mengajar mengenai perkara yang sama. Dan tidak ada yang dapat memisahkan kita.

Laman web rasmi projek: https://edinoezerno.allatra.org/en

Hidup: Cinta yang Memberi Kebebasan Filem 2. Bahagian 1

Filem Pertama  “PILIHAN”