AllatRa Pattern Tape
Logo Creative Society MASYARAKAT
KREATIF

Asas dan Peringkat untuk Membangun Masyarakat Kreatif

18 Mei 2020

Ini bukan lagi rahsia kepada sesiapa lagi bahawa era perubahan global dalam masyarakat telah bermula dan berubah dalam diri seperti dalam seseorang. Sudah jelas kepada ramai bahawa masyarakat kini berada di ambangnya. Seolah-olah membeku dalam kebohongan, tipu daya, tidak berperi- ke manusiaan, bagaikan segumpulan salji yang sejuk di lereng gunung yang curam, di mana semua tamadun pengguna kita tersekat. Adakah ini kemuncaknya? Keruntuhan longsoran salji tekanan kesedaran masyarakat awam, yang disebabkan oleh iklim, ekonomi, politik, pandemi dan sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan. Persoalannya apakah akibatnya. Bagaimana kita boleh mengasaskan masa depan kita? Bagaimana kita semua dapat bertahan dan meminimumkan risiko kerugian yang tidak dapat dielakkan ini? Ada jalan keluar!

Seperti yang anda ketahui, longsoran salji boleh berlaku disebabkan oleh sedikit tekanan, bahkan juga tekanan dari seorang manusia. Tetapi di mana gerakan umum masyarakat akan diarahkan? Ke jurang egoisme dan kebanggaan yang mematikan, atau ke arah aliran sungai yang akan memberi masyarakat bentuk perwujudan baru dan mewujudkan keadaan yang baik untuk kebangkitan hidup untuk generasi tamadun yang akan datang? Siapa lagi jika tidak anda yang mampu untuk menukar vektor ini! Artikel ini adalah mengenai cara melakukannya.


*     *     *


Pada 11 Mei 2019, peristiwa berskala global telah berlaku, yang menandakan permulaan transformasi global yang tidak dapat dielakkan dari seluruh masyarakat dunia. Buat pertama kalinya dalam sejarah, sebilangan besar dari seluruh dunia berkumpul dalam persidangan atas talian “Masyarakat. Peluang Terakhir” atas platform di “ALLATRA”. Pergerakan Awam Antarabangsa. Secara terbuka dan jujurnya telah membincangkan semua masalah paling mendesak yang dihadapi oleh seluruh umat manusia pada hari ini. Yang paling penting, selain pembentangan yang terbuka dan benar mengenai masalah tersebut bahkan cara untuk menyelesaikannya turut juga disuarakan. Hasil daripada acara yang belum pernah ujud sebelumnya ini adalah penciptaan satu projek unik dari seluruh dunia di ALLATRA Pergerakan Awam Antarabangsa — “Masyarakat Kreatif”. Apa yang menjadikannya unik? Pertama sekali, projek ini sangat penting untuk seluruh tamadun kita. Sebenarnya, ini adalah satu-satunya jalan keluar dari kebinasaan yang egois, di mana golongan pengguna ini terjerat di jalan buntu dimana manusia menemui kehancuran. Dahulu nya dari rantaian peristiwa yang diikuti akan membantu memperkukuhkan lagi harapan agar semua ini tidak hilang untuk diri saya secara pribadi dan juga untuk seluruh umat Manusia.

Sejak dari itu, berkat usaha sukarelawan ALLATRA Pergerakan Awam Antarabangsa dari pelbagai negara, yang juga sama seperti saya, telah mendapat ilham dari idea-idea kreatif ini dan dengan banyak telah dilakukan. Sebilangan besar tinjauan awam dijalankan di seluruh dunia, mesyuarat dan persidangan atas talian antarabangsa diadakan, banyak wawancara difilmkan, artikel menarik diterbitkan, dan banyak projek sosial lainnya dilaksanakan. Bersama-sama, kita banyak melakukan. Tetapi jelas tidak cukup untuk mencapai ke semua golongan masyarakat.

Selama ini, kami berbual dengan sebilangan besar orang di seluruh dunia, dan semua orang yang benar-benar bercakap dengan kami mengatakan bahwa mereka memerlukan masyarakat Kreatif, penting bagi mereka dan mereka ingin hidup di dunia seperti ini.

Sepanjang masa ini, saya telah memikirkan bagaimana mempercepat proses penyebaran maklumat mengenai Masyarakat Kreatif di seluruh dunia. Bagaimana kita semua dapat bersatu dan menjadikan usaha kita lebih berkesan? Bagaimana cara menyampaikan maklumat ini, peluang ini kepada semua orang yang berada di Bumi? Lagipun, masa tidak akan menunggu seseorang! Kita sudah hampir lapan bilion penduduk dunia, dan ini khusus untuk semuanya. Lagipun, jika sesuatu tidak dilakukan sekarang, maka dalam beberapa saat sahaja bencana longsoran salji akan meliputi kita semua. Apa yang perlu kita lakukan?

Saya dan rakan saya mendapat jawapan untuk persoalan ini semasa perbualan kami dengan Igor Mikhailovich Danilov yang terhormat. Seperti biasa, Igor Mikhailovich dengan penuh kesabaran dan kebaikan menjelaskan secara terperinci jalan untuk keluar dari keadaan masyarakat sekarang, dengan intipati dan makna mewujudkan sebuah Masyarakat Kreatif, yang ingin kami kongsikan kepada anda semua, rakan-rakan yang dikasihi!

Matlamat dan Makna

Perkara yang paling penting adalah matlamat! Sekiranya ada tujuan, semuanya masuk akal, dan jika tidak ada tujuan, maka semua yang lain tidak bermakna. Apakah matlamat kita? Matlamat kami adalah untuk keluar dari jalan buntu masyarakat pengguna ini, yang sebenarnya adalah bentuk penghambaan yang tersembunyi,masyarakat pengabdian yang menyamar dimana kita juga hidup sebagai manusia biasa, mulai hidup sebagai Manusia, bukan sebagai binatang. Matlamat utama adalah untuk membina Masyarakat Ideal yang mempunyai kebebasan dari segi kerohanian, masyarakat yang akan menjamin kehidupan yang bermanfaat berkemakmuran moral dan rohaniah. Persatuan yang terbina dari rasa Cinta dan Kemanusiaan, atau seperti yang disebut dalam agama yang berbilang — Eden. Masyarakat pada masa depan, sekarang ini telah mengubah tindakan dan mengisi kehidupan anda dengan penuh bermakna.

Apa yang diperlukan untuk pencapaian ini? Pembangunan langkah demi langkah. Igor Mikhailovich memberitahu kita bahawa Masyarakat Kreatif hanyalah berada di fasa perantaraan dalam proses evolusi manusia dari sistem hamba-feodal ke cara kehidupan yang sama sekali baru untuk manusia moden — masyarakat yang Ideal. Persatuan Masyarakat Kreatif adalah fasa peralihan, tanpa nya adalah mustahil untuk mencapai tujuan — sebuah masyarakat Ideal yang bebas dari segi kerohanian

Igor Mikhailovich memberikan contoh hubungan yang menarik, “Bayangkan sebuah sungai besar dan beribut yang memisahkan sebuah pulau yang hampir tenggelam dari pantai yang luas.Terdapat haiwan liar hidup di pulau ini. Masyarakat moden kita sekarang ini sebenarnya, tidak berbeza dengan mereka. Kami berkata perkara yang betul, bercakap mengenai standard kehidupan yang tinggi dan keunggulan, tetapi sebenarnya kita hidup seperti haiwan. Kita telah membina jurang yang memisahkan. Kita sering berjuang untuk wilayah, berdebat, membangun hierarki, berjuang untuk menguasai.

Adakah ini layak untuk Manusia? Apakah wajar bagi Manusia untuk hidup dalam keadaan seperti itu? Dalam masyarakat moden, semuanya bertentangan dengan manusia sendiri. Manusia membina superstruktur yang memperhambakan diri sendiri. Keutamaannya adalah kepentingan "di atas kertas", kepentingan "negara", kepentingan "sekumpulan masyarakat" yang diwakili segolongan kumpulan kecil, tetapi akhirnya demi kepentingan diri mereka telah menjadikan cerita dongeng mereka menjadi realiti", mendorong dirinya menjadi lebih terjerumus ke lurah pengabdian. Adakah ini normal? Dengan membuat abstraksi ini, kita menyerah mereka hak-hak kita. Tetapi bersama dengan hak serta segala faedah telah dirampas dari kita. Sudah tiba waktunya untuk mengembalikan semua hak rakyat kembali kepada mereka. Dunia ini telah diciptakan dan dihadiahkan kepada Manusia. Seorang manusia tidak boleh kehilangan status sebagai Manusia, dan barulah kita berpeluang membina masyarakat yang Ideal.

Mari kembali ke contoh kita sebelum ini, masyarakat Ideal berada di seberang sungai, di tebing kestabilan dan kesejahteraan yang hebat, yang disebut Eden. Dan untuk lari dari pulau yang tenggelam dan menyeberangi sungai kematian, kita perlu membangun jembatan dari pengguna dan format hubungan cara kehaiwanan mereka, di mana kebohongan dan fitnah berkuasa, ke Eden, di mana Kebenaran dan Cinta bertakhta. Jambatan ini harus dibuat dari asas batu yang padu dan atas kehendak rakyat yang bersatu.. Jambatan ini adalah dari masyarakat Kreatif yang berdiri di atas 8 tiang. Saya akan menjelaskan, "Apa tiang-tiang itu?" Igor Mikhailovich mengatakan bahawa tiang jambatan ini adalah 8 Asas dari Persatuan Masyarakat Kreatif.

8 TAPAK ASAS MASYARAKAT KREATIF

Manusia adalah unit asas masyarakat. Kemanusiaan adalah satu keluarga besar.

  1. Kehidupan manusia

    Kehidupan manusia adalah nilai tertinggi. Kehidupan mana-mana Manusia harus dilindungi sebagai miliknya. Matlamat masyarakat adalah memastikan dan menjamin nilai kehidupan setiap Manusia. Tidak ada dan tidak pernah ada yang lebih berharga daripada kehidupan Manusia. Sekiranya satu Manusia itu bernilai, maka semua Manusia itu juga bernilai!

  2. Kebebasan Manusia

    Setiap manusia dilahirkan dengan hak untuk menjadi Manusia. Semua dilahirkan bebas dan setaraf. Setiap manusia berhak memilih. Tidak ada seseorang dan apa-apa di Bumi ini lebih atas dari seorang Manusia, kebebasan dan haknya. Pelaksanaan hak dan kebebasan Manusia tidak boleh melanggar hak dan kebebasan orang lain.

  3. Keselamatan Manusia

    Tidak ada seorang pun dan tidak ada dalam masyarakat yang berhak menimbulkan ancaman terhadap kehidupan dan kebebasan Manusia!

    Setiap Manusia dijamin menyediakan keperluan hidup yang percuma, termasuk makanan, perumahan, rawatan perubatan, pendidikan dan keselamatan sosial sepenuhnya.

    Kegiatan saintifik, perindustrian dan teknologi masyarakat harus ditujukan secara eksklusif untuk meningkatkan kualiti kehidupan manusia.

    Kestabilan ekonomi terjamin: tidak ada inflasi dan krisis, harga barangan stabil dan sama di seluruh dunia, satu unit monetari, dan cukai minimum tetap atau tanpa cukai.

    Keselamatan Manusia dan masyarakat dari segala jenis ancaman dijamin oleh perkhidmatan global yang bersatu yang menangani situasi kecemasan.

  4. Ketelusan dan keterbukaan maklumat untuk semua

    Setiap Manusia berhak menerima maklumat yang boleh dipercayai mengenai pergerakan dan pengagihan dana awam. Setiap Manusia mempunyai akses kepada maklumat mengenai status pelaksanaan keputusan masyarakat.

    Media massa adalah milik masyarakat semata-mata dan mencerminkan maklumat dengan tulus, terbuka, dan jujur.

  5. Ideologi kreatif

    Ideologi harus ditujukan untuk mempopularkan sifat terbaik manusia dan menghentikan semua perkara yang ditujukan menentang Manusia. Keutamaan utama adalah keutamaan kemanusiaan, kerohanian yang tinggi dan aspirasi kemanusian bermoral, kemanusiaan, kebajikan, saling menghormati dan mengukuh persahabatan.

    Mewujudkan keadaan untuk pembangunan dan pendidikan Insan dengan modal “H”, memupuk nilai-nilai moral dalam diri dan masyarakat.

    Larangan menyebarkan propaganda keganasan, kecaman dan pengecaman segala bentuk perpecahan, keagresifan, dan manifestasi anti-kemanusiaan.

  6. Pengembangan Kepribadian

    Setiap manusia dalam Masyarakat Kreatif mempunyai hak untuk pengembangan yang komprehensif dan pemenuhan peribadi.

    Pendidikan harus percuma dan boleh diakses oleh semua. Menciptakan keadaan dan memperluas peluang bagi Manusia untuk melaksanakan kemampuan dan bakat kreatifnya.

  7. Keadilan dan kesaksamaan

    Semua sumber semula jadi adalah milik Manusia dan diedarkan secara adil di antara semua manusia. Monopoli sumber dan penggunaannya yang tidak rasional dilarang. Sumber-sumber ini diagihkan secara adil di kalangan penduduk di seluruh Bumi.

    Manusia dijamin pekerjaan sekiranya dia menginginkannya. Bayaran yang sama untuk jawatan, kepakaran, atau profesi yang serupa harus sama di seluruh dunia

    Setiap orang berhak atas harta dan pendapatan persendirian, namun dalam had terhad jumlah kapitalisasi individu yang ditentukan oleh masyarakat.

  8. Masyarakat yang memerintah sendiri

    Konsep “kuasa” dalam Masyarakat Kreatif tidak ada, kerana tanggungjawab untuk masyarakat secara keseluruhan, perkembangannya, keadaan hidup dan format yang harmoni, terletak pada setiap Manusia

    Setiap manusia berhak untuk mengambil bahagian dalam pengurusan hal ehwal Persatuan Masyarakat Kreatif dan dalam penerapan undang-undang yang meningkatkan taraf kehidupan Manusia.

    Penyelesaian sosial yang penting, secara sosial amat ketara dan masalah ekonomi yang mempengaruhi kualiti kehidupan Manusia dikemukakan untuk perbincangan dan pengundian (referendum).

Maklumat ini telah mengejutkan kami dengan kebijaksanaan dan kedalamannya. Sememangnya, setiap orang mahu hidup dalam masyarakat seperti itu. Hari ini, kita yang tinggal di planet Bumi, hanya mempunyai satu soalan: bagaimana melaksanakannya dalam waktu sesingkat mungkin?

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA MASYARAKAT KREATIF

Igor Mikhailovich menjawab bahawa tahap-tahapnya penting untuk membina Persatuan Masyarakat Kreatif, dan menjelaskan setiap langkahnya.

  1. Peringkat Maklumat. Ia adalah untuk memberitahu manusia mengenai Masyarakat Kreatif. Setiap manusia yang prihatin dapat memberitahu semaksimum jumlah yang dapat tentang Masyarakat Kreatif. Inilah yang sedang dilakukan oleh banyak orang yang jujur, baik dari pelbagai negara di dunia sekarang.

  2. Pentas politik. Pembentukan parti politik “Masyarakat Kreatif” di negara yang berbeza dengan satu ideologi Persatuan Masyarakat Kreatif. Penyelarasan keseluruhan dilakukan oleh Jawatankuasa Pusat Antarabangsa, yang dikendalikan oleh masyarakat antarabangsa — Pergerakan Awam Antarabangsa ALLATRA, iaitu komuniti yang berada di luar politik dan agama. Tujuannya mudah: menggunakan politik sebagai instrumen bukan perpecahan, tetapi penyatuan rakyat

  3. Referendum dunia. Menjalankan referendum seluruh rakyat mengenai penerimaan model pembangunan kreatif oleh seluruh umat manusia sebagai sesuatu yang sesuai dan diperlukan untuk kelangsungan hidup umat manusia.

Tahap pertama adalah pemberitahuan umat manusia mengenai kemungkinan membina Masyarakat Kreatif. Inilah yang sedang kita lakukan secara aktif sekarang. Adab baik seseorang bercakap untuk diri mereka sendiri. Sebilangan besar projek kreatif dan kepentingan sosial dilaksanakan setiap hari oleh para peserta Pergerakan Awam Antarabangsa ALLATRA, dan semua golongan masyarakat dapat mengetahui tentangnya dari sumber rasmi gerakan ini dan menyertai inisiatif penting ini.

Terdapat alat asas yang memainkan peranan penting dalam masyarakat moden, di mana masyarakat kita ditadbir. Inilah politik. Sekiranya kita menggunakannya, ini bermakna kita akan mempercepat pelaksanaan pembinaan Masyarakat Kreatif secara signifikan.

Selama 6, 000 tahun, politik telah berfungsi untuk memperbudak manusia dan mengukuhkan sistem nilai pengguna. Namun, hari ini dapat berkhidmat untuk seluruh umat manusia dalam membina Masyarakat Kreatif!

Sistem kerajaan yang mentadbir urusan sistem masyarakat moden direka sedemikian rupa sehingga kita mengundi di negara kita sendiri dan memilih daripada calon-calon yang dicadangkan kepada kita, kepada siapa kita akan memberikan hak kita selepas pilihan raya. Iaitu, kita memindahkan hak kita kepada calon yang kita tidak kenal,dan dengan itu meninggalkan diri kita tanpa hak. Lagipun, kami telah mewakilkan mereka. Tetapi bersama dengan hak-hak kami, kami memberikan hak milik kami. Itulah caranya bagaimana kita sendiri mencipta superstruktur ke atas manusia. Adakah dengan pelantikan sedemikian, sesiapa yang telah kami nobatkan dengan kuasa, bekerja untuk kami dan demi untuk kepentingan kami? Adakah dia akan mengembalikan faedah kita kepada kita? Tidak, kerana dia sudah terbiasa dengan faedah kita adalah miliknya. Dia akan memikirkan tentang dirinya, tentang keluarganya, tetapi tidak mengenai kita. Kenapa? Dengan pemikiran pengguna yang mementingkan diri sendiri, dia akan menganggap bahawa, jika dia mulai mempertahankan kepentingan rakyat , dia akan jatuh ke tahap rakyat dan menjadi seperti kita, kerana kita tiada hak yang diisytiharkan dan faedah yang nyata. Bukankah itu tidak masuk akal? Adakah ini bukan satu bentuk perbudakan tersembunyi?

Setelah mengambil segalanya dari kami, kami diberi tanggungjawab yang sangat berat, yang sebenarnya mustahil bagi kebanyakan orang. Adalah mustahil untuk menunaikannya sepenuhnya. Itu membuat manusia hidup dalam kegelisahan dan ketakutan yang berterusan, membuat mereka merasa rentan dan rendah diri. Dalam masyarakat sedemikian, anda dan saya terpaksa wujud. Penggantian dan manipulasi di sekitar! Inilah hakikat masyarakat pengguna. Semuanya disusun sedemikian rupa kerana ditujukan kepada manusia. Ini adalah fakta. Bolehkah masyarakat seperti itu wujud lama? Adakah ia mempunyai masa depan? Jelas tidak.

Namun, alat apa pun dapat digunakan baik untuk keburukan atau kebaikan, ia dapat digunakan untuk memusnahkan atau membangun. Oleh itu, politik boleh dan harus menjadi alat kita untuk membangun undang-undang yang benar dan benar-benar adil, dapat dilaksanakan dan menegaskan kehidupan untuk membina masyarakat kreatif.

Hari ini kita masih hidup dipandu oleh undang-undang Rom, yang telah lama menjadi usang. Adalah perlu untuk mewujudkan undang-undang yang akan menjamin pemenuhan kepentingan setiap manusia. Asas mereka akan menjadi 8 Asas Masyarakat Kreatif. Politik dalam praktiknya harus menjadi alat untuk komunikasi dan penyatuan Antarabangsa, mempromosikan persahabatan, dan tidak menjadi alat tekanan dan pencerobohan, seperti sekarang ini. Ia boleh dan harus digunakan bukan untuk pemisahan lebih lanjut, tetapi, sebaliknya, untuk penyatuan keluarga manusia dengan cepatnya.

Sekiranya kita teruskan dengan kecepatan yang sama seperti sekarang, tanpa menggunakan politik sebagai alat, proses pembinaan Masyarakat Kreatif akan mengambil masa bertahun-tahun. Mari kita bersikap rasional, adakah manusia mempunyai masa? Untuk mempercepat proses peralihan umat manusia dari format pengguna ke Persatuan Masyarakat Kreatif, kita boleh dan seharusnya sekarang menggunakan politik sebagai alat yang paling berkesan.

Kita semua adalah rakyat negara kita. Kita pergi ke pengundian dan memilih calon yang berbeza, dan kemudian kita kecewa kerana mereka membuat hidup kita lebih buruk dan memperkuat format pengguna. Mereka mengadopsi undang-undang yang bertentangan dengan kita sebagai Keluarga Manusia Bersatu, dan bukan demi kepentingan kita. Akibatnya, keadaan kewujudan kita terus bertambah buruk. Maksudnya, ketika mereka berkuasa, orang-orang ini melindungi kepentingan orang lain, tetapi bukan kepentingan Manusia dan Keluarga Manusia Bersatu. Bagaimana seseorang boleh memilih ahli politik ini jika dia sendiri menentang Manusia sendir dan haknya? Bagaimana seseorang dapat memilihnya jika dia terdedah kepada pembohongan dan tipu daya?

Untuk mengubah keadaan ini, kita perlu memilih ahli politik yang akan melaksanakan dan mengintegrasikan 8 Asas Persatuan Masyarakat Kreatif secara perundangan! Apa yang lebih baik,sederhana dan lebih sesuai adalah dengan mengadakan persatuan dunia yang dinamakan “Masyarakat Kreatif", yang di setiap negara di dunia akan melaksanakan 8 Asas Masyarakat Kreatif. Oleh itu, dengan menggunakan hak-hak yang kita berikan kepada mereka, ia akan segera mulai memberikan manfaat kepada kita dan berusaha menyatukan seluruh umat manusia secepat mungkin menjadi Keluarga Bersatu – Masyarakat Kreatif. Dan hanya setelah semua negara di dunia bersedia untuk peralihan dari format pengguna ke format kreatif, barulah kita dapat mengadakan referendum dunia yang akan mengembalikan kita secara perundangan kembali ke Keluarga Manusia Bersatu - Masyarakat kreatif

Kita boleh melakukan ini hanya dengan cara yang aman. Seperti yang dikatakan oleh Igor Mikhailovich yang dihormati, “Manusia tidak memerlukan revolusi, manusia memerlukan Evolusi”

Peserta ALLATRA PAA

Elchin

Video “Creative Society”


Video “Creative Society Unites Everyone”:

Tinggalkan komen